Acer Perkenal Dua Laptop 12-Inci Tahan Lasak Khusus Untuk Kegunaan Pelajar Comments Off on Acer Perkenal Dua Laptop 12-Inci Tahan Lasak Khusus Untuk Kegunaan Pelajar

LONDON, 23 Jan – Acer hari ini memperkenalkan dua laptop Chromebook terbaharu menerusi Acer Chromebook Spin 512 dan Acer Chromebook 512. Dua laptop ini menawarkan nisbah paparan 3:2 bersaiz 12-inci khusus untuk kegunaan pelajar dan golongan pendidik.

Acer Chromebook Spin 512 direka boleh lipat 360-darjah yang diperkukuhkan dengan panel Corning Gorilla Glass pada skrin. Melalui teknologi elektromagnetik, pelajar boleh melakar dan mencatit nota dengan baik seperti di atas kertas sebenar. Terdapat dua versi yang dikeluarkan, satu daripadanya dengan skrin boleh sentuh (C851) dan satu lagi tidak boleh sentuh (C851T).

Acer Chromebook Spin 512 dan Chromebook 512 memiliki binaan kerangka yang teguh dengan ketahanan gred tentera (MIL-STD 810G). Laptop kalis hentakan sehingga 1.2 meter dan kalis tekanan sehingga 60 kilogram ini membuatkannya ia sesuai digunakan di mana sahaja, malahan telah menerima pengiktirafan ASTM sebagai laptop mesra kanak-kanak. Selain itu, papan kekuncinya juga kalis kepada air.

Menurut Acer, dua laptop ini menawarkan jangka hayat bateri selama 12 jam dengan sekali pengecasan. Ia turut diperkasakan dengan cip pemproses Intel terbaharu serta menyokong sambungan Wi-Fi yang stabil melalui teknologi MU-MIMO.

Acer Chromebook tersedia dengan kapasiti memori 32GB atau 64GB storan disamping 4GB atau 8GB RAM. Buat masa ini, tiada pengumuman tentang laptop ini untuk pasaran Malaysia. Tetapi, kami yakin ia akan dibawa masuk tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend