Acer Nitro 5, Nitro 7, Predator Triton 900, Predator Helios 300 Dilancarkan Pada Harga Bermula RM3,499 Comments Off on Acer Nitro 5, Nitro 7, Predator Triton 900, Predator Helios 300 Dilancarkan Pada Harga Bermula RM3,499 261

Acer Malaysia sebentar tadi telah melancarkan komputer riba gaming terbaru mereka melalui model Nitro 5 dan Nitro 7 untuk pasaran tempatan. Beberapa kemas kini telah dilakukan pada dua model tersebut iaitu pada perkakasan dalaman dan pastinya pada tanda harga.

Acer Nitro 5 dan Nitro 7 merupakan komputer riba yang memfokuskan kepada permainan video dan hiburan. Ia memiliki kerangka badan besi dengan ketebalan hanya 19.9mm selain paparan skrin HD penuh IPS bersaiz 15.6 dan 17.3-inci.

Nitro 7

Ia hadir dengan paparan 144Hz yang menjanjikan kelicinan permainan bergrafik tinggi malah kuasa daripada Intel Core i7 Generasi ke-9 dan NVIDIA GeForce GTX 1660Ti turut memberi respon yang lebih pantas semasa permainan atau melakukan kerja-kerja penyuntingan.

Harga Nitro 5 bermula RM3,499
Harga bermula RM4,899 untuk Nitro 7

Pihak Acer pada masa sama telah memperkenalkan dua model, Predator Triton 900 dan Predator Helios 300 untuk gamers ekstrem di Malaysia.

Triton 900
Helios 300

Untuk Predator Triton 900, ia hadir dengan rekaan unik menerusi panel paparan yang boleh dipusing. Ia memudahkan pengguna menjadikan komputer riba ini sebagai peranti untuk tugas-tugas tertentu dalam pelbagai mod seperti:

  • Mod paparan untuk membolehkan skrin dikongsi dengan rakan-rakan ketika bermain permainan video.
  • Mod Ezel untuk bermain permainan video pada skrin sentuh.
  • Mod Notebook untuk tradisi bermain permainan video biasa.
  • Mod Stand yang boleh menukar Triton 900 menjadi sebuah tablet untuk permainan video atau menggunakan creator tools.
Predator Trition 900 dijual pada harga RM15,999

Sementara untuk Predator Helio 300 pula ia merupakan komputer riba dengan rekaan standard gaming. Bagaimanapun isi dalamannya dilengkapi pemproses terkini disamping sistem grafik GeForce RTX pada kerangka badan minimalis dengan ketebalan 22.9mm, iaitu 3.8mm lebih nipis berbanding model tahun 2018.

Helios 300 berharga bermula RM5,399

Teknologi kipas AeroBlade 3D Generasi ke-4 juga dapat mengawal suhu bagi memastikan peranti dapat beroperasi dengan stabil pada situasi paling genting. Ia memiliki 45% aliran udara yang lebih baik berbanding kipas biasa termasuk 35% lebih senyap.

Tawaran promosi istimewa dengan rakan kongsi Acer dapat menjimatkan wang, semak senarai harga di bawah untuk spesifikasi dan harga untuk setiap model:

Tawaran istimewa di jerayawara Acer Sunway Pyramid
  • Predator Helios 300 (i7) = RM6,199 (percuma monitor gaming VG240Y bernilai RM549 + Edifier Speaker)
  • Predator Helios 300 (i5) = RM5,399 (percuma gamiing monitor VG240Y bernilai RM549 + Office 365 / Galea 500 / Cestus 300)
  • Nitro 5 15.6″ (i7) = RM4,399 (potongan diskaun RM150 + Office 365 / Galea 500 / Cestus 300)
  • Nitro 5 17.3 (i7) = RM4,899 (potongan diskaun RM150 + Office 365 / Galea 500 / Cestus 300)
  • Nitro 7 (i7 + GTX1650) = RM4,899 (potongan diskaun RM150 + Office 365 / Galea 500 / Cestus 300)
  • Nitro 7 (i7 + GTX1660Ti) = RM5,199 (potongan diskaun RM150 + Office 365 / Galea 500 / Cestus 300)

Dapatkan tawaran istimewa ini bermula 26 hingga 30 Jun 2019 di kedai-kedai terpilih seperti:

  • All IT Hypermarket
  • Harvey Norman
  • Senheng
  • SNS Network
  • Thunder Match Technology

Maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook rasmi Acer Malaysia di sini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend