Acer Menutup Tirai 2018 Dengan Dua Laptop Terbaharu Comments Off on Acer Menutup Tirai 2018 Dengan Dua Laptop Terbaharu

Tahun 2018 merupakan tahun yang baik untuk Acer Malaysia. Menurut syarikat komputer itu, mereka telah mencatatkan peningkatan sebanyak sekali ganda untuk penjualan laptop gaming dan premium sepanjang tahun ini.

Acer seperti biasa akan mengemas kini produk mereka dan pada hari ini dua buah laptop telah diperkenalkan. Swift 5 kini telah dinaik taraf dengan paparan yang lebih besar serta boleh disentuh, manakala TravelMate X514 pula direka khusus bagi golongan perniagaan yang inginkan laptop ringan tetapi berkuas.

Acer Swift 5 ialah laptop 15-inci paling ringan di dunia dengan saiz bingkai yang nipis. Walaupun saiznya yang kompak, ia mampu melakukan tugas berat dengan pantas tanpa sebarang masalah. Binaan laptop ini dibina dengan padu untuk pengalaman pengguna yang lebih baik.

Acer TravelMate X514 akan berada di pasaran Januari 2019, sementara Acer Swift 5 akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Spesifikasi Acer Swift 5

  • Paparan 15.6-inci FHD IPS (boleh sentuh)
  • Windows 10
  • Intel Core i5-8265U / Core i7-8565U
  • NVIDIA GeForce GTX 1050 Max-Q
  • Memori sehingga 16GB DDR4
  • Storan sehingga 512GB PCle NVMe SSD
  • Port USB 3.1 x 2, USB 3.1 Type-C Gen 2, HDMI
  • Bateri sehingga 8 jam
  • Ketebalan 15.9mm
  • Berat 990g
  • Tiada harga

Spesifikasi TravelMate X514

  • Paparan 14-inci FHD IPS (boleh sentuh)
  • Windows 10 Pro
  • Intel Core i5-8265U / Core i7-8565U
  • Intel UHD Graphics 620
  • Memori 8GB DDR4
  • Storan 256GB / 512GB PCle NVMe SSD
  • Port USB 3.0 x 2 (with power-off charging), USB Type-C, HDMI
  • Bateri sehingga 10 jam
  • Ketebalan 14.9mm
  • Berat 980g
  • RM4499 (i5-256GB) / RM4699 (i5-512GB) / RM5299 (i7-512GB)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend