Acer Malaysia Tawar Belian Lebih Berbaloi Untuk Swift 3 Dan Triton 300, Monitor Predator CG437K Turut Diperkenalkan Comments Off on Acer Malaysia Tawar Belian Lebih Berbaloi Untuk Swift 3 Dan Triton 300, Monitor Predator CG437K Turut Diperkenalkan

Bersempena dengan musim perayaan ini, Acer Malaysia telah mengumumkan tawaran berbaloi untuk Acer Swift 3 dengan diskaun RM300, dan juga Acer Triton 300 yang akan menerima pelbagai hadiah percuma.

Acer Swift 3 Intel UHD Graphics 620 dan NVIDIA GeForce MX250 kini ditawarkan dengan diskaun RM300 iaitu masing-masing berharga RM2,399 (RM2,699) dan RM2,699 (RM2,999).

 

Acer Swift 3 dikuasakan dengan Intel Core i5 8th Gen, 8GB DDR4 RAM, dan juga storan yang kini dinaik taraf ke 512GB SSD. Malah ia juga akan dipasang dengan Microsoft Office Home & Student 2019 bernilai RM529.

Manakala untuk pembelian Acer Triton 300 bermula hari ini hingga 31 Disember 2019, pengguna akan turut menerima hadiah percuma berupa Predator Waterproof Bag, Predator Cestus 310 Gaming Mouse ataupun Acer E300 TrueHarmony Earphones. Penebusan boleh dibuat melalui https://www.a-redemption.com/.

Acer Predator Triton 300 varian Intel Core i5 9th Gen, NVIDIA GeForce GTX 1650, 4GB RAM dan 512GB PCIe NVMe SSD ditawarkan pada harga RM3,699. Manalala varian Intel Core i7 9th Gen, NVIDIA GeForce GTX 1650, 8GB RAM dan 512GB PCIe NVMe SSD pula berharga RM4,799.

Selain itu, Acer Malaysia turut mengumumkan kehadiran Predator CG437K P Monitor untuk pasaran tempatan dengan sokongan panel 43 inci UHD VA (3840 x 2160 piksel). Diiktiraf dengan VESA Certified DisplayHDR 1000 dengan keterangan sehingga 1000 nits, ia turut menyokong 1ms Visual Response Boost.

Dilengkapi dengan kadar segar semula 144Hz, Predator CG437K P akan dijual pada harga RM4,699 bermula penghujung Disember 2019 ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend