Acer Malaysia Lancar Monitor 4K 27″ Dengan Nitro XV273K Dan Predator XB273K – Harga Bermula RM2,999 Comments Off on Acer Malaysia Lancar Monitor 4K 27″ Dengan Nitro XV273K Dan Predator XB273K – Harga Bermula RM2,999

Acer Malaysia hari ini telah memperluaskan lagi portfolio siri Predator dan Nitro keluarannya melalui pelancaran rasmi dua model monitor 4K iaitu Nitro XV273K dan juga Predator XB273K untuk pasaran tempatan.

Acer Predator XB273K
Acer Nitro XV273K

Kedua-dua monitor ini hadir dengan paparan skrin IPS LCD sebesar 27 inci beresolusi 4K UHD (3840 x 2160 piksel), dan ia mampu menjanjikan kadar segar semula sehingga 144Hz. Malah sokongan teknologi Quantum Dot serta pensijilan VESA DisplayHDR 400 pada kedua-dua monitor ini juga memastikan kejituan warna paparan yang terbaik.

Acer Predator XB273K yang memfokuskan aspek permainan ini juga dilengkapi dengan NVIDIA G-Sync dan juga masa respons 4ms untuk kelancaran paparan. Tidak cukup dengan itu, ia turut menyokong gamut warna yang lebih luas merangkumi 90% ruang warna DCI-P3. Acer Nitro XV273K pula hadir dengan teknologi AMD Radeon FreeSync dalam usaha mengurangkan lengah masa.

Acer Nitro XV273K yang dijual pada harga RM2,999 akan mula dijual bermula pertengahan November ini, manakala Acer Predator XB273K pula boleh dimiliki pada harga RM4,599 bermula pertengahan Disember nanti. Kedua-dua monitor ini boleh dibeli di semua kedai atas talian Acer dan juga penjual sah Acer di seluruh negara.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend