Acer Lancar Tiga Komputer Riba Edisi Istimewa Marvel’s Avengers: Infinity War Di Malaysia – Harga Bermula Dari RM3,299 Comments Off on Acer Lancar Tiga Komputer Riba Edisi Istimewa Marvel’s Avengers: Infinity War Di Malaysia – Harga Bermula Dari RM3,299

April 2018 Acer Malaysia hari ini telah melancarkan tiga model komputer riba edisi istimewa Marvel’s Avengers: Infinity War hasil kerjasama dengan Marvel. Dalam majlis pelancaran yang diadakan itu, Acer Malaysia telah membawakan model Aspire 6 – Marvel’s Avengers: Infinity War Captain America Edition, Nitro 5 – Marvel’s Avengers: Infinity War Thanos Edition dan juga Swift 3 – Marvel’s Avengers: Infinity War Iron Man Edition.

Apa yang istimewanya, Malaysia merupakan salah satu daripada negara di rantau Asia Pasifik yang mendapat hak eksklusif untuk menawarkan tiga komputer riba tersebut. Negara lain termasuklah Indonesia, Filipina, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Singapura dan juga India.

Acer Aspire 6 – Marvel’s Avengers: Infinity War Captain America Edition

Ketiga-tiga model komputer riba edisi istimewa ini sudahpun boleh dimiliki dari mana-mana pengedar sah Acer yang terpilih di seluruh negara. Malah dengan setiap pembelian komputer riba ini bermula dari 17 April hingga 30 Jun 2018 nanti, pembeli akan turut menerima pemacu USB Avengers dengan kapasiti 16GB (terhad untuk satu karakter sahaja), dan juga beg galas premium Acer yang bernilai RM399 secara percuma.

Acer Nitro 5 – Marvel’s Avengers: Infinity War Thanos Edition

Bersempena dengan kolaborasi dengan Marvel, Acer Malaysia turut mengadakan roadshow ‘Acer Avengers: Infinity War Special Edition Laptops’ selama empat hari di Sunway Pyramid pada 26 hingga 29 April 2018. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan, termasuklah perlawanan 1vs1 untuk permainan Dota, PUBG dan FIFA. Juara pertandingan ini akan membawa pulang hadiah misteri daripada Acer.

Acer Swift 3 – Marvel’s Avengers: Infinity War Iron Man Edition

Pelanggan yang membuat pembelian peranti Acer dari siri Acer Aspire, Acer Swift, Acer Spin atau Predator akan turut menerima hadiah percuma seperti TT eSports Predator Gaming Chair bernilai RM1,399, monitor Acer KG271 bernilai RM899, tetikus Predator, baucar membeli-belah bernilai RM100 ataupun baucar membeli-belah bernilai RM50.

Acer Aspire 6 – Marvel’s Avengers: Infinity War Captain America Edition

  • Intel Core i5-8250U (8th gen)
  • Windows 10 Home
  • RAM 4GB DDR4
  • 1TB SATA HDD
  • NVIDIA GeForce MX150 (2GB GDDR5)
  • 15.6″ IPS FHD (1920 x 1080 piksel)
  • 1-year International Travelers Warranty
  • RM 3,299

Acer Nitro 5 – Marvel’s Avengers: Infinity War Thanos Edition

  • Intel Core i5-7300HQ (7th gen)
  • Windows 10 Home
  • RAM 8GB GDDR4
  • 128GB SSD + 1TB HDD
  • NVIDIA GeForce GTX1050 (4GB GDDR5)
  • 15.6″ IPS FHD (1920 x 1080 piksel)
  • 1-year International Travelers Warranty
  • RM 4,299

Acer Swift 3 – Marvel’s Avengers: Infinity War Iron Man Edition.

  • Intel Core i5-8250U (8th gen)
  • Windows 10 Home
  • RAM 8GB DDR4
  • 256GB SSD
  • NVIDIA GeForce MX150 (2GB GDDR5)
  • 14.0″ IPS FHD (1920 x 1080 piksel)
  • 1-year International Travelers Warranty
  • RM 4,399
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend