Acer Lancar Aspire 3 Dan Aspire 5 Dengan Pemproses Intel Generasi Ke-10, Harga Serendah RM1899 Comments Off on Acer Lancar Aspire 3 Dan Aspire 5 Dengan Pemproses Intel Generasi Ke-10, Harga Serendah RM1899 195

Acer Malaysia hari ini telah melancarkan komputer riba baharunya dengan penawaran Acer Aspire 3 dan Aspire 5 dengan sokongan pemproses Intel Comet Lake generasi ke-10 untuk pengguna di Malaysia.

Selain menerima pemproses paling terkini, Aspire 3 dan Aspire 5 turut menerima penambahbaikan untuk ruang storan yang kini menyokong PCIe NVMe SSD yang menjanjikan kelancaran pengoperasian. Malah kedua-dua komputer riba ini turut dilengkapi slot storan tambahan dengan kit naik taraf pemacu cakera keras (HDD).

This slideshow requires JavaScript.

Aspire 5 menampilkan rekaan penutup diperbuat daripada aluminium dengan sokongan skrin IPS FHD sebesar 14 inci yang memiliki saiz bezel nipis. Aspire 5 yang memiliki kerangka nipis seberat 1.5kg ini turut disertakan dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX250 dengan 2GB GDDR5 VRAM, 512GB PCIe NVMe SSD dan juga RAM DDR4 berkapasiti 4GB (sokong sehingga 12GB).

Manakala Aspire 3 pula menyokong paparan skrin IPS FHD berukuran 15.6 inci, kad grafik sehingga NVIDIA GeForce MX230 dengan 2GB GDDR5 VRAM, 512GB PCIe NVMe SSD, dan juga RAM DDR4 berkapasiti 4GB (sokong sehingga 20GB).

This slideshow requires JavaScript.

Acer Aspire 3 tersedia dalam warna Rococo Red, Indigo Blue dan Obsidian Black, manakala Acer Aspire 5 pula ditawarkan dalam warna Pure Silver, Indigo Blue dan juga Charcoal Black. Aspire 5 dan Aspire 3 sudahpun mula dijual di semua kedai fizikal rasmi Acer atau pengedar yang sah di seluruh negara dengan jaminan waranti sehingga 3 tahun.

Harga jualan Acer Aspire 5 dan Aspire 3:

  • Acer Aspire 5
    • 10th Intel Core i3/Intel UHD Graphics 620/14″HD/256GB SSD/4GB – RM1,899
    • 10th Intel Core i5/NVIDIA GeForce MX250/14″FHD/512GB SSD/4GB – RM2,599
    • 10th Intel Core i7/NVIDIA GeForce MX250/14″FHD/512GB SSD/4GB – RM3,199
  • Acer Aspire 3
    • 10th Intel Core i5/NVIDIA GeForce MX230/15.6″FHD/512GB SSD/4GB – RM2,399
    • 10th Intel Core i7/NVIDIA GeForce MX230/15.6″FHD/512GB SSD/8GB – RM3,199
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend