Acara WWDC20 Akan Dianjurkan Secara Atas Talian Bermula 22 Jun 2020 Comments Off on Acara WWDC20 Akan Dianjurkan Secara Atas Talian Bermula 22 Jun 2020

Apple baru-baru ini telah mengumumkan akan menganjurkan acara tahunan Worldwide Developers Conference 2020 (WWDC20) bermula 22 Jun ini secara atas talian. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, kini pembangun boleh menyertainya secara percuma.

Melalui acara tahunan WWDC20, Apple akan mengumumkan kemas kini baharu untuk lima platform yang dibangunkannya iaitu iOS, iPadOS, macOS, tvOS, dan juga watchOS.

Selain itu Apple turut mengumumkan pertandingan ‘Swift Student Challenge’ yang memberikan peluang kepada pembangun di kalangan pelajar untuk memperlihatkan hasil mereka menggunakan kod Swift.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend