Acara Google I/O 2020 Telah Dibatalkan Sepenuhnya, Tiada Pelancaran Atas Talian Comments Off on Acara Google I/O 2020 Telah Dibatalkan Sepenuhnya, Tiada Pelancaran Atas Talian

Sebelum ini Google telahpun mengumumkan pembatalan acara persidangan tahunan Google I/O 2020, yang telah dijadualkan akan berlangsung pada Mei tahun ini.

Atas faktor kesihatan dan keselamatan, Google sebaliknya telah mengambil pendekatan untuk mengadakan acara pelancaran secara atas talian pada 12 hingga 14 Mei 2020.

Melalui ciapan terbaharu di Twitter, Google telah mengesahkan bahawa acara Google I/O untuk tahun ini terpaksa dibatalkan sepenuhnya, dan pelancaran atas talian juga tidak akan diadakan.

Menurut Google keputusan ini dibuat atas faktor kesihatan dan keselamatan pembangun, pekerja dan juga komuniti tempatan. Tambahan pula pihak berkuasa tempatan di sana juga telah mengeluarkan arahan untuk tidak keluar dari rumah.

Namun begitu, tidak dipastikan sama ada Google Pixel 4a dan Pixel 4a XL yang sebelum ini dilaporkan akan dilancarkan di dalam acara itu akan terus diperkenalkan ataupun tidak.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend