Acah-Acah Reply Dengan Gboard, Walaupun Sebenarnya Malas 0 95

Penyakit malas reply teks ni perkara normal je, semua orang pun buat, kan kan kan. Yang hantar mesej panas je dok tunggu mesej dia kena reply. Takpe, lepas ni korang boleh pakai Gboard untuk reply.

Google dikatakan merancang untuk memasukkan fungsi Smart Reply ke dalam aplikasi Gboard. Smart Reply ni sebenarnya satu fungsi yang ada di dalam Gmail, selalunya orang guna bila nak ‘acknowledge’ email yang diterima.

Jadi Smart Reply ni tak lah boleh korang guna untuk bersembang dengan kawan, ia lebih kepada memberi respon pantas dengan satu sentuhan pada butang ‘G’ di dalam Gboard.

Google masih belum mengesahkan lagi sama ada Smart Reply akan dilancarkan pada Gboard atau tidak. Jadi kita tunggu je la…

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend