Abbott Lancar Kit Ujian Pantas Yang Boleh Mengesan COVID-19 Hanya Dalam Masa 5 Minit Comments Off on Abbott Lancar Kit Ujian Pantas Yang Boleh Mengesan COVID-19 Hanya Dalam Masa 5 Minit

Abbott Laboratories baru-baru ini telah tampil dengan produk terbaru mereka iaitu kit ujian pantas yang boleh mengesan COVID-19 dengan masa yang sangat singkat.

ID NOW COVID-19 ialah alat instrumen mudah alih seberat 3kg yang menggunakan teknologi molekul untuk mengesan sampel yang diambil dari rongga nasal. Kit ini akan mengambil masa kurang dari lima minit untuk keputusan positif dan sekitar 13 minit jika keputusan itu negatif.

Menurut Abbott, kit ujian ini mampu menghasilkan kejituan keputusan sehingga 95 peratus dan produk ini telahpun menerima pengesahan Emergency Use Authorization daripada FDA untuk digunakan bagi menentang pandemik COVID-19.

Abbott memberitahu bahawa mereka akan menawarkan ujian melalui ID NOW COVID-19 bermula minggu hadapan dan menjangka untuk memulakan produksi untuk menampung 50,000 ujian sehari di Amerika Syarikat.

Sementara di Malaysia pula, KKM baru-baru ini telah menerima sebanyak 100,000 kit ujian dari kerajaan China yang mana menurut China ianya merupakan kit ujian yang lebih tepat berbanding yang diberikan sebelum ini. Pada hari yang sama, KKM juga telah menerima kit ujian antigen dari Korea Selatan dan mungkin kerajaan akan menambah 200,000 unit lagi jika ia terbukti berkesan.

sumber: 1 / 2

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend