9 Finalis Pertandingan ‘Celcom Game Hero – Kill Shot Legacy’ Membawa Pulang Hadiah Wang Tunai Berjumlah RM300,000 Comments Off on 9 Finalis Pertandingan ‘Celcom Game Hero – Kill Shot Legacy’ Membawa Pulang Hadiah Wang Tunai Berjumlah RM300,000

Kerjasama antara Celcom dengan pembangun permainan tempatan iaitu Techninier Sdn Bhd, telah menyaksikan pertandingan siri ketiga Celcom Game Hero dengan permainan ‘Kill Shot Legacy’ yang bermula pada November 2017 yang lalu.

Hari ini Celcom telah mengadakan pertandingan peringkat akhir permainan itu dengan menyaksikan seramai 9 finalis telah berentap selama satu jam bagi memenangi hadiah wang tunai bernilai RM300,000. Kesemua finalis dikehendaki berentap dalam lapan peringkat berbeza serta genre berbeza menggunakan telefon pintar milik mereka.

Pertandingan siri ketiga Celcom Game Hero – Kill Shot Legacy telah dimenangi oleh pelajar berusia 24 tahun iaitu Teong Khay Sheng dengan pungutan mata sebanyak 32681, sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000. Tempat kedua pula dimenangi oleh Wajib bin Nasil, 31 tahun, usahawan dari Sabah, dengan pungutan mata sebanyak 32405 dan melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM60,000. Manakala tempat ketiga yang menawarkan hadiah wang tunai RM40,000 pula dimenangi oleh Mohd Farhan bin Hassin dari Kota Bahru, Kelantan dengan pungutan mata sebanyak 32085.

Finalis yang menduduki tangga ke-4 hingga ke-6 masing-masing telah membawa pulang wang tunai RM10,000, dan wang tunai RM5,000 pula ditawarkan kepada pemenang tangga ke-7 hingga ke-9.

Celcom Game Hero ini akan diteruskan lagi untuk siri yang keempat dengan permainan ‘Endless Trials’ yang akan turut menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM300,000.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend