6 Sebab Mengapa Anda Perlu Menjadikan HUAWEI FreeBuds 3 Sebagai Headset TWS Pilihan?! Comments Off on 6 Sebab Mengapa Anda Perlu Menjadikan HUAWEI FreeBuds 3 Sebagai Headset TWS Pilihan?!

Penggunaan aksesori headset atau earphone berwayar kini mungkin lagi sudah tidak relevan, ini berikutan kebanyakan daripada pengeluar telefon pintar dilihat sudahpun menyingkirkan sokongan bicu audio 3.5mm pada peranti keluaran mereka. Disebabkan oleh itu, headset TWS (True Wireless Stereo) kini dilihat semakin popular di kalangan pengguna.

Jadi sekiranya anda bercadang untuk mencari headset TWS yang terbaik, HUAWEI FreeBuds 3 mungkin patut dijadikan pilihan kerana enam sebab berikut:

#1. Rekaan untuk keselesaan pemakaian

HUAWEI FreeBuds 3 telah menampilkan rekaan semi in-ear yang direka khusus untuk keselesaan ketika dipakai. Berbeza dengan rekaan headset TWS yang menampilkan tip jenis silikon, FreeBuds 3 lebih selesa dipakai untuk tempoh yang lebih lama tanpa isu saiz tip yang tidak bersesuaian dengan lubang telinga.

Malah rekaan sebegini turut memastikan kejelasan suara apabila anda menerima panggilan atau mengaktifkan mikrofon ketika bermain permainan mudah alih. Sokongan input sentuh pada ‘tangkai’ headset turut memudahkan anda untuk menerima panggilan dan sebagainya.

HUAWEI FreeBuds 3 diinspirasikan daripada rekaan muncung ikan lumba-lumba.

#2. Sambungan yang stabil dengan ciri ‘Ultra-Low Latency’

Dikuasakan dengan cip Kirin A1, FreeBuds 3 menjanjikan sambungan Bluetooth yang lebih stabil dan juga ciri Ultra-Low Latency yang mampu mengatasi isu delay pada audio. Kedua-dua ciri ini sememangnya sangat penting terutamanya bagi pengguna yang inginkan pengalaman permainan mudah alih yang lebih lancar.

Sokongan teknologi HUAWEI Dual-Channel Synchronous Transmission juga memastikan isyarat dari peranti boleh disambungkan secara lancar dan ke headset kiri dan headset kanan secara serentak.

#3. Teknologi pembatalan hingar pintar

Melalui kaji selidik yang dijalankan ke atas struktur ruang telinga manusia, HUAWEI telah menawarkan sehingga 9 set efek pembatalan hingar pada FreeBuds 3. Bagi mendapatkan efek pembatalan hingar yang paling optimum, pengguna boleh memilihnya dengan menggunakan aplikasi HUAWEI Smart Life.

Pengaktifan pembatalan hingar pintar ini mampu membantu mengurangkan bunyi persekitaran bergantung kepada tahap kebisingannya. FreeBuds 3 turut dilengkapi dengan fungsi bone voiceprint call noise reduction yang mampu mengasingkan antara suara pengguna dengan bunyi bising persekitaran.

#4. Ketahanan bateri sehingga 20 jam

HUAWEI FreeBuds 3 boleh digunakan sehingga 4 jam untuk mendengar muzik atau sehingga 2.5 jam untuk menjawab panggilan pada satu-satu masa. Namun apabila digandingkan bersama-sama sarung pelindung yang menyokong bateri terbina-dalam, FreeBuds 3 mampu digunakan sehingga 20 jam untuk mendengar muzik, atau 12 jam masa berbual.

HUAWEI FreeBuds 3 turut tersedia dengan fungsi ‘Reverse Wireless Charging’.

Dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas, pengecasan FreeBuds 3 selama 30 minit boleh menjanjikan masa penggunaan sehingga 14 jam. Tidak cukup dengan itu, ia turut didatangkan dengan sokongan teknologi pengecasan tanpa wayar yang boleh dicas apabila diletakkan di belakang siri HUAWEI Mate 30, P30 Pro ataupun Mate 20 Pro.

#5. 14mm moving coil unit untuk bunyi yang lebih hebat

Kualiti bunyi pada FreeBuds 3 sememangnya hebat kerana ia menggunakan 14mm moving coil unit bagi memastikan efek bunyi frekuensi rendah yang lebih efektif. Selain penghasilan bunyi vokal mid-range yang lebih jelas, bunyi bes dan treble juga dapat dinikmati dengan lebih baik.

HUAWEI FreeBuds 3 turut dioptimumkan dengan sokongan format AAC yang mampu menyokong bandwith serta kadar naik turun audio yang lebih rendah, sekaligus memastikan kestabilan audio dan isu sound delay sewaktu mendengar muzik.

#6. Proses sambungan mudah dan cepat

Apabila pertama kali anda ingin menyambungkan HUAWEI FreeBuds 3 dengan telefon pintar, proses sambungannya adalah sangat mudah kerana anda hanya perlu membuka penutup pada bekas simpanan FreeBuds 3. Satu tetingkap sambungan akan dipaparkan pada skrin telefon pintar.

Proses sambungan seterusnya adalah lebih pantas kerana HUAWEI FreeBuds 3 dan telefon pintar akan disambungkan secara automatik setiap kali penutup bekas simpanan dibuka.

Harga dan ketersediaan:

HUAWEI FreeBuds 3 kini sudahpun mula dijual secara rasmi di Malaysia pada harga RM679, dan ia sudah boleh dibeli secara melalui laman rasmi HUAWEI Online Official Store.

Baca juga:

HUAWEI FreeBuds 3 Dan Kaca Mata Pintar HUAWEI Akan Dijual Di Malaysia Bermula 15 November

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend