6 Model Sony Xperia Akan Menerima Kemas Kini Android Pie Bermula September Nanti Comments Off on 6 Model Sony Xperia Akan Menerima Kemas Kini Android Pie Bermula September Nanti

Google telahpun melancarkan versi terbaharu Android 9.0 Pie secara rasmi pada minggu lepas dan Google Pixel dan Essential Phone merupakan peranti Android pertama yang menerima kemas kini tersebut. Malah Huawei sendiri dilihat telah mula menawarkan kemas kini tersebut dalam versi beta untuk peranti terpilih, manakala vivo juga turut berjanji untuk menawarkan kemas kini itu bermula suku ke-4 tahun ini.

Nampaknya Sony juga tidak mahu ketinggalan apabila telah mengumumkan ketersediaan kemas kini Android Pie untuk 6 model flagship keluarannya yang diperkenalkan pada tahun lepas dan tahun ini. Menurut sumber, kesemua 6 model yang terpilih itu akan mula menerima kemas kini Android Pie bermula bulan September hingga November tahun 2018 ini.

Senarai 6 model Sony Xperia yang akan menerima kemas kini Android Pie:

  • Sony Xperia XZ Premium
  • Sony Xperia XZ1
  • Sony Xperia XZ1 Compact
  • Sony Xperia XZ2 Premium
  • Sony Xperia XZ2
  • Sony Xperia XZ Compact
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend