5 Ciri-Ciri Yang Menjadikan Huawei Mate 20 X Sebagai Peranti ‘Gaming’ Yang Patut Anda Miliki Comments Off on 5 Ciri-Ciri Yang Menjadikan Huawei Mate 20 X Sebagai Peranti ‘Gaming’ Yang Patut Anda Miliki

Apabila sebut sahaja tentang peranti gaming, mungkin ada di antara kita akan lebih mudah terpengaruh dengan slogan atau taktik pemasaran pengeluar yang memfokuskan pada aspek gaming semata-mata. Tetapi tanpa kita sedari sebenarnya ada model telefon pintar yang dilancarkan di pasaran yang selayaknya digelar sebagai telefon pintar gaming terbaik, namun mungkin kita telah terlepas pandang.

Model yang dimaksudkan adalah Huawei Mate 20 X yang baru sahaja mula dijual di Malaysia pada 11 November yang lalu. Berikut adalah 5 ciri-ciri yang menjadikan Huawei Mate 20 X sebagai peranti gaming yang patut anda miliki:

1. Skrin yang sangat besar


Huawei Mate 20 X menjanjikan pengalaman bermain yang terbaik boleh anda nikmati pada telefon pintar kerana saiz skrinnya yang sangat besar. Berukuran 7.2 inci dengan resolusi FHD+ (2244 x 1080 piksel), imej yang dipaparkan kelihatan sangat menonjol kerana ia hadir dengan panel OLED. Skrin yang besar bukan sahaja memudahkan untuk anda mengawal permainan, tetapi dalam masa yang sama memudahkan anda untuk melihat kedudukan musuh terutamanya dalam permainan PUBG Mobile.

2. Speaker stereo dinamik

Speaker atas
Speaker bawah

Berbeza dengan kebanyakan sistem speaker stereo, Huawei Mate 20 X menyokong kedudukan speaker stereo yang lebih unik iaitu pada bahagian atas dan bawah kerangkanya. Sistem bunyi stereofonik bukan sahaja mampu menghasilkan kekuatan audio simetri yang sama lantang pada kedua-dua speaker, tetapi ia juga menyokong bunyi dinamik sehingga 40 db.

3. Bateri besar dengan pengecasan pantas


Sokongan bateri berkapasiti 5000 mAh pada Huawei Mate 20 X membolehkan anda bermain untuk tempoh yang lebih lama tanpa perlu risaukan masalah kehabisan bateri. Malah kehadiran teknologi pengecasan pantas Huawei SuperCharge dengan output pengecasan sehingga 22.5W (5V4.5A) mampu memastikan proses pengecasan yang sangat cepat.

4. Peranti tidak berhadapan dengan isu kepanasan


Apabila bermain permainan mudah alih dengan grafik berdefinasi tinggi, masalah kepanasan merupakan isu yang sering dihadapi oleh pengguna. Huawei Mate 20 X mampu mengatasi isu tersebut dengan adanya sokongan Huawei Supercool yang menggabungkan dwi sistem penyejukan iaitu Vapour Chamber (VC) dan juga Graphene Film. Pelepasan haba yang lebih optimum ini mampu memastikan kelancaran permainan walaupun dimainkan untuk tempoh yang lama.

5. Teknologi GPU Turbo 2.0


Huawei Mate 20 X tampil dengan sokongan cipset Kirin 980 berasaskan teknologi proses 7nm, dwi cip dedikasi NPU (Neural Processing Unit), dan juga teknologi GPU Turbo 2.0. Kombinasi ini bukan sahaja berupaya memastikan permainan yang lebih lancar, tetapi dalam masa yang sama tetapan grafik paling maksimum terasa lebih stabil.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend