4000 Unit OPPO F9 Jade Green Edisi Terhad Kini Telah Habis Terjual Pada Hari Pertama Jualan Comments Off on 4000 Unit OPPO F9 Jade Green Edisi Terhad Kini Telah Habis Terjual Pada Hari Pertama Jualan 448

OPPO Malaysia secara rasminya telah mula menjual OPPO F9 Jade Green edisi terhad untuk pasaran tempatan pada 12 Januari 2019 yang lalu. Apa yang mengejutkan, kesemua 4000 unit OPPO F9 Jade Green itu telah mendapat sambutan yang sangat positif di kalangan )-Fans apabila ia habis terjual pada hari pertama jualannya.

Menurut Nikki Chen selaku Pengarah Jenama OPPO Malaysia, OPPO F9 telah menjadi antara telefon pintar dengan jualan terbaik untuk segmen harga pasaran antara RM1,000 dan RM1,500. Ini kerana OPPO F9 telah dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas OPPO VOOC Flash Charge, dan juga menyokong dwi kamera 16MP + 2MP.

Hadir dengan skrin 6.3 inci FHD+ AMOLED dengan rekaan takuk kecil, ia dikuasakan dengan pemproses Helio P60, konfigurasi memori 6GB + 64GB, dan juga slot kad microSD sehingga 256GB. OPPO F9 dijual pada harga RM1,199 di OPPO Concept Stores, OPPO Online Store, Lazada, Shopee, dan juga Senheng, SenQ serta Courts.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend