33 Model Keluaran HUAWEI/HONOR Disahkan Akan Terima Kemas Kini EMUI 10 Beta Comments Off on 33 Model Keluaran HUAWEI/HONOR Disahkan Akan Terima Kemas Kini EMUI 10 Beta

Pemilik siri HUAWEI P30 dan juga siri Mate 10 sebelum ini telahpun disahkan menerima kemas kini EMUI 10 versi beta tertutup yang boleh disertai melalui aplikasi HUAWEI Beta. Menariknya baru-baru ini HUAWEI dilihat telah mula mengesahkan senarai 33 model telefon pintar keluaran HUAWEI dan juga HONOR yang akan menerima kemas kini EMUI 10 versi beta.

 

Berdasarkan daripada senarai rasmi yang didedahkan di Weibo itu, penerimaan kemas kini EMUI 10 beta itu telah diasingkan kepada dua kategori iaitu pengujian beta tertutup dan juga pengujian beta terbuka. Berikut adalah senarai penuh peranti HUAWEI dan HONOR menerima EMUI 10 beta:

EMUI 10 (Open Beta)

  • Pertengahan Oktober 2019 – HUAWEI P30, P30 Pro
  • Hujung Oktober 2019 – HUAWEI Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20X, Mate 20 RS Porsche Design / HONOR 20, HONOR 20 Pro, HONOR V20, HONOR Magic 2
  • Pertengahan November 2019 – HUAWEI Enjoy 8s, P Smart+ 2019 / HONOR 10 Youth Edition, HONOR 20i
  • Hujung November 2019 – HUAWEI Mate 10, Mate 10 Pro, Mate 10 Porsche Design, Mate RS Porsche Design

EMUI 10 (Closed Beta)

  • Awal Oktober 2019 – HUAWEI Nova 4e, Mate 20 Lite, Enjoy 10 Plus
  • Hujung Oktober 2019 – HUAWEI P20, P20 Pro
  • Awal November 2019 – HUAWEI Mate 20X 5G
  • Pertengahan November 2019 – HUAWEI Nova 5 Pro
  • Penghujung November 2019 – HUAWEI Nova 4 / HONOR 10, HONOR V10, HONOR 8X
  • Pertengahan Disember 2019 – HONOR 9X, HONOR 9X Pro

Ketersediaan kemas kini EMUI 10 beta di atas merupakan senarai yang akan diterima oleh pengguna di China, dan ketersediaan untuk model global tidak pula dapat dipastikan buat masa ini. HUAWEI juga turut mengesahkan bahawa lebih banyak model akan menerima kemas kini EMUI 10 beta ini pada masa akan datang.

melalui, sumber

Baca juga:

EMUI 10 Versi Beta Untuk Pemilik Siri HUAWEI Mate 10 Di China Sudah Mula Dibuka

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend