3 Model Realme Ini Dijual Dengan Diskaun Sehingga RM300 Untuk Tempoh Terhad – 3 & 7 Julai 2019 Comments Off on 3 Model Realme Ini Dijual Dengan Diskaun Sehingga RM300 Untuk Tempoh Terhad – 3 & 7 Julai 2019 314

Shopee sebelum ini telahpun melancarkan kempen ‘7.7 Orange Madness’ yang menjanjikan pelbagai aktiviti menarik seperti jualan kilat, belian RM1 melalui ‘One or Not’, dan juga perkhidmatan penghantaran dalam tempoh 24 jam di sekitar Lembah Klang melalui kempen ‘Shopee24 Express Delivery’.

Jika anda bercadang untuk memiliki telefon pintar baharu, pada 3 Julai dan 7 Julai 2019 ini Shopee dan Realme Malaysia telah menjanjikan nilai belian terbaik bersempena kempen ‘7.7 Orange Madness’. Dalam tempoh dua hari tersebut, anda boleh membeli model terpilih Realme dengan potongan harga sehingga RM300:

  • Realme 3 (3GB + 32GB) – RM579 (RM599)
  • Realme 2 Pro (4GB + 64GB) – RM549 (RM799)
  • Realme 2 Pro (8GB + 128GB) – RM699 (RM999)
  • Realme C2 (2GB + 16GB) – RM429 (PERCUMA kad microSD + Botol minuman)

Apa yang lebih menariknya, pada jam 12 tengah malam pada 7 Julai 2019, pengguna Shopee yang membuat belian telefon pintar Realme (tidak termasuk aksesori) dalam tempoh 3 minit pertama, akan turut menerima baucar bernilai RM50. Manakala pada 3 Julai 2019 pula, Shopee akan mengadakan siaran langsung pada jam 8 malam, dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk pengguna.

Muat turun aplikasi Shopee:

Baca juga:

Shopee Lancar Kempen ‘Shopee24 Express Delivery’ Dan ‘Shopee 7.7 Orange Madness’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend