2 Lagi Kes COVID-19 Di Malaysia Pulih Sepenuhnya, Tinggal 2 Kes Yang Masih Dirawat Dan Dilaporkan Stabil Comments Off on 2 Lagi Kes COVID-19 Di Malaysia Pulih Sepenuhnya, Tinggal 2 Kes Yang Masih Dirawat Dan Dilaporkan Stabil

Setakat hari ini, sebanyak 79565 kes COVID-19 telah di seluruh dunia telah dicatatkan dengan mencatatkan sebanyak 2619 kematian dan juga 25091 kes yang telah sembuh sepenuhnya.

Melalui perkongsian ciapan terakhir YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaklumkan dua lagi kes COVID-19 di negara ini telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah pada hari ini.

Kedua-dua kes itu sebelum ini telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur, iaitu kes-14 merupakan seorang wanita warganegara China berumur 37 tahun yang dilaporkan positif pada 5 Februari 2020. Manakala kes-19, seorang wanita warganegara China berumur 38 tahun yang dilaporkan positif pada 12 Februari 2020.

Daripada 22 kes yang dicatatkan oleh negara ini, 20 kes sudahpun dilaporkan sembuh sepenuhnya.

Setakat ini tiada kes baharu dilaporkan di negara ini, dan dua lagi kes positif COVID-19 masih lagi dirawat di wad dan berada dalam keadaan stabil.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend