19 Telefon Pintar Ini Telah Terpilih Sebagai Peranti ‘YouTube Signature’ Untuk Pengalaman Tontonan Terbaik Comments Off on 19 Telefon Pintar Ini Telah Terpilih Sebagai Peranti ‘YouTube Signature’ Untuk Pengalaman Tontonan Terbaik

Baru-baru ini YouTube telah memperkenalkan laman web terbarunya iaitu ‘Device Report’ dalam usaha untuk menyenaraikan beberapa peranti yang telah dioptimumkan untuk tontonan video YouTube. Apa yang menariknya, setiap peranti yang tersenarai sebagai peranti ‘YouTube Signature’ ini merupakan telefon pintar yang mampu menjanjikan pengalaman tontonan YouTube terbaik.

Bagi membolehkan telefon pintar itu layak untuk berada di dalam senarai, ia perlulah menyokong ciri HDR, kadar bingkai yang tinggi, prestasi DRM yang boleh dipercayai, menyokong penyahkodan 4K, dan menggunakan codec video generasi akan datang. Untuk tujuan itu, YouTube telah bekerjasama dengan pengeluar telefon pintar untuk mengesahkan sama ada peranti mereka ada menyokong kesemua kriteria yang telah ditetapkan itu.

19 model telefon pintar yang tersenarai sebagai peranti ‘YouTube Signature’:

Samsung:

Sony Xperia:

Xiaomi:

LG:

Google:

  • Google Pixel 2 XL
  • Google Pixel 2

Huawei:

Nokia:

  • Nokia 8 Sirocco

OnePlus:

HTC:

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend