11,000 Unit realme Buds Air Berjaya Dijual Dalam Tempoh 1 Jam Di India Comments Off on 11,000 Unit realme Buds Air Berjaya Dijual Dalam Tempoh 1 Jam Di India

realme sememangnya satu jenama yang tidak lagi perlu diperkenalkan kerana sub-jenama OPPO ini dilihat telah mula menempa nama dan diterima ramai. Selain menawarkan barisan telefon pintar yang dijual pada harga berbaloi, realme kini turut menawarkan pelbagai aksesori menarik dan ini termasuklah fon telinga TWS (True Wireless Stereo) iaitu realme Buds Air.

Ternyata penawaran realme Buds Air di India telah berjaya mendapat sambutan yang sangat positif apabila sebanyak 11,000 unit telah berjaya dijual dalam tempoh 1 jam selepas dijual secara rasmi di negara itu. Angka jualan ini sekaligus telah berjaya mencatatkan rekod jualan baharu untuk industri IoT di negara itu.

realme Buds Air dikuasakan dengan cip R1 khas dengan sokongan sambungan Bluetooth 5.0, hadir dengan sokongan kawalan pintar untuk menjawab/menamatkan panggilan, menukar muzik, mengaktifkan pembantu maya, ataupun pengaktifan mod prestasi, dan juga tersedia dengan teknologi pengecasan tanpa wayar.

Baca juga:

realme Buds Air Sokong Pengecasan Tanpa Wayar, Harga Kurang Daripada RM300

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend