100 Aplikasi Dan Permainan Paling Banyak Dimuat Turun Sepanjang Tahun 2019 Comments Off on 100 Aplikasi Dan Permainan Paling Banyak Dimuat Turun Sepanjang Tahun 2019

Apptopia yang merupakan sebuah organisasi yang mengumpul data berkaitan aplikasi dan juga permainan mudah alih, baru-baru ini telah berkongsi 100 aplikasi dan permainan mudah alih yang paling banyak dimuat turun sepanjang tahun 2019.

Berdasarkan perkongsian tersebut, WhatsApp merupakan aplikasi permesejan segera yang paling banyak dimuat turun di seluruh dunia iaitu mencatatkan muat turun sebanyak 759.4 juta kali. Manakala Netflix pula mencatatkan muat turun sebanyak 236.6 juta kali untuk kategori hiburan, iaitu mengatasi aplikasi YouTube yang merupakan antara aplikasi popular dimuat turun oleh pengguna iOS.

WhatsApp mencatatkan muat turun tertinggi, manakala Telegram pula berada di kedudukan ke-9.

Apa yang menariknya, aplikasi permainan pula telah didominasi oleh Garena Free Fire, sekaligus mengatasi permainan Battle Arena popular lain seperti PUBG Mobile dan Call Of Duty: Mobile yang masing-masing berada di kedudukan ke-9 dan ke-10. Rekod muat turun yang tinggi oleh Garena Free Fire ini didorong oleh sokongannya untuk peranti dengan spesifikasi lebih rendah.

Jumlah muat turun permainan Garena Free Fire jauh mengatasi PUBG Mobile dan juga Call Of Duty: Mobile.

Senarai penuh 100 aplikasi dan permainan mudah alih paling banyak dimuat turun sepanjang tahun 2019:

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend