10 Peranti Android Global Terbaik Kategori ‘Flagship’ Dan ‘Mid-Range’ Untuk Mac 2020 Comments Off on 10 Peranti Android Global Terbaik Kategori ‘Flagship’ Dan ‘Mid-Range’ Untuk Mac 2020

Selepas beberapa bulan senarai kedudukan 10 peranti Android global terbaik untuk kategori peranti mercu (flagship) tidak banyak berubah, kini senarai untuk bulan Mac 2020 telah menyaksikan perubahan kedudukan yang agak ketara.

Kini empat kedudukan teratas untuk kategori peranti mercu telah dirampas oleh empat model terbaharu keluaran Samsung. Dua tempat teratas diduduki oleh Galaxy S20 Ultra 5G dan Galaxy S20+ 5G yang dikuasakan oleh cipset Snapdragon 865.

Manakala tempat ketiga dan keempat pula telah diduduki oleh Galaxy S20 Ultra 5G dan juga Galaxy S20+ 5G yang kedua-duanya dikuasakan dengan cipset Exynos 990.

Top 10 Peranti Android bagi kategori ‘flagship’:

  1. Samsung Galaxy S20 Ultra 5G (Snapdragon 865, 12GB RAM) → 562,262
  2. Samsung Galaxy S20+ 5G (Snapdragon 865, 12GB RAM) → 549,904
  3. Samsung Galaxy S20 Ultra 5G (Exnos 990, 12GB RAM) → 519,297
  4. Samsung Galaxy S20+ 5G (Exynos 990, 12GB RAM) → 516,138
  5. ROG Phone II (Snapdragon 855+) → 510,080
  6. Samsung Galaxy S20 (Exynos 990, 8GB RAM) → 502,688
  7. Samsung Galaxy S20+ (Exynos 990, 8GB RAM) → 502,264
  8. OnePlus 7T (Snapdragon 855+) → 495,917
  9. realme X2 Pro (Snapdragon 855+) → 484,902
  10. OnePlus 7 Pro (Snapdragon 855) → 478,644

Top 10 Peranti Android bagi kategori ‘mid-range’:

  1. Redmi Note 8 Pro (Helio G90T) → 292,510
  2. Xiaomi Mi Note 10 Pro (Snapdragon 730G) → 268,759
  3. Xiaomi Mi 9T (Snapdragon 730) → 265,231
  4. Samsung Galaxy A71 (Snapdragon 730) → 265,041
  5. realme X2 (Snapdragon 730G) → 265,028
  6. Xiaomi Mi Note 10 (Snapdragon 730G) → 264,493
  7. Samsung Galaxy A80 (Snapdragon 730) → 250,658
  8. realme Q / realme 5 Pro (Snapdragon 712) → 233,869
  9. realme XT (Snapdragon 712) → 232,178
  10. Xiaomi Mi 9 SE (Snapdragon 712) → 226,183

*Nota: Senarai di atas merupakan telefon pintar dengan skor purata tertinggi yang berjaya dicatatkan di dalam aplikasi penanda aras AnTuTu v8.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend