10 Peranti Android Global Terbaik Kategori ‘Flagship’ Dan ‘Mid-Range’ Untuk Bulan November 2019 Comments Off on 10 Peranti Android Global Terbaik Kategori ‘Flagship’ Dan ‘Mid-Range’ Untuk Bulan November 2019

Sama seperti bulan Oktober yang lepas, AnTuTu telahpun menyenaraikan 10 model telefon pintar dengan skor purata terbaik untuk kategori peranti mercu dan peranti kelas pertengahan. Secara keseluruhannya, takhta untuk peranti terbaik bulan November untuk kedua-dua kategori ini masih disandang oleh model yang sama.

Namun begitu kedudukan untuk bulan ini dilihat telah sedikit berubah berikutan terdapatnya kemasukan beberapa model baharu seperti realme X2 Pro dan juga OPPO Reno 2. Apa yang mengejutkan, buat pertama kalinya jenama VSmart yang dikeluarkan dari Vietnam turut berjaya tersenarai sebagai salah satu daripada 10 telefon pintar kelas pertengahan terbaik.

Top 10 Peranti Android bagi kategori ‘flagship’:

  1. ROG Phone II (Snapdragon 855+) → 496,662
  2. OnePlus 7T (Snapdragon 855+) → 482,881
  3. OnePlus 7T Pro (Snapdragon 855+) → 482,532
  4. realme X2 Pro (Snapdragon 855+) → 476,185
  5. OnePlus 7 Pro (Snapdragon 855) → 465,246
  6. OnePlus 7 (Snapdragon 855) → 455,587
  7. Redmi K20 Pro Premium Edition (Snapdragon 855+) → 452,783
  8. ASUS ZenFone 6 (Snapdragon 855) → 452,776
  9. Samsung Galaxy Note10+ (Snapdragon 855) → 449,659
  10. Samsung Galaxy Note10+ 5G (Exynos 9825) → 443,858

 

Top 10 Peranti Android bagi kategori ‘mid-range’:

  1. Redmi Note 8 Pro (Helio G90T) → 283,092
  2. OPPO Reno 2 (Snapdragon 730G) → 260,650
  3. Xiaomi Mi 9T (Snapdragon 730) → 251,491
  4. Samsung Galaxy A80 (Snapdragon 730G) → 244,168
  5. Xiaomi Mi 9 SE (Snapdragon 712) → 220,316
  6. realme XT (Snapdragon 712) → 217,845
  7. realme Q (Snapdragon 712) → 217,345
  8. Xiaomi Mi 9 Lite (Snapdragon 710) → 209,523
  9. Redmi Note 7 Pro (Snapdragon 675) → 207,781
  10. VSmart Live (Snapdragon 675) → 206,778

*Nota: Senarai di atas merupakan telefon pintar dengan skor purata tertinggi yang berjaya dicatatkan di dalam aplikasi penanda aras AnTuTu v8.

Baca juga:

10 Peranti Android Global Terbaik Kategori ‘Flagship’ Dan ‘Mid-Range’ Untuk Bulan Oktober 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend