10 Juta Unit Honor 8X Telah Berjaya Diedar Ke Seluruh Dunia Sejak Dilancarkan Pada September 2018 Comments Off on 10 Juta Unit Honor 8X Telah Berjaya Diedar Ke Seluruh Dunia Sejak Dilancarkan Pada September 2018 250

Melalui perkongsian di Twitter, James Zou selaku Presiden Jualan dan Servis Luar Negara Honor telah mengumumkan bahawa sebanyak 10 juta unit siri Honor 8X iaitu model Honor 8X dan Honor 8X Max telah berjaya diedarkan ke seluruh dunia. Dilancarkan secara rasmi di China pada September 2018 yang lalu, Honor 8X mula ditawarkan untuk pasaran tempatan bermula Oktober lalu pada harga RM949.

Honor 8X yang dikuasakan dengan cipset Kirin 710 ini hadir dengan paparan skrin IPS LCD berukuran 6.5 inci FHD+, memori 4GB + 128GB, slot kad microSD sehingga 256GB, kamera depan 16MP, dwi kamera utama beresolusi 20MP + 2MP, dan juga bateri berkapasiti 3750 mAh.

Selain ditawarkan dalam warna biru, hitam dan merah, Honor 8X turut didatangkan dalam warna baharu Phantom Blue yang memiliki efek warna kecerunan. Ia sudahpun boleh dimiliki bermula 16 Februari 2019 yang lalu di Hihonor.com/myLazadaShopee dan juga kedai fizikal Honor Experience Store di seluruh negara.

Baca juga;

Honor 8X Dalam Warna Phantom Blue Berharga RM949 Akan Mula Dijual Pada 15 Februari 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend