10.2 Juta Unit Telefon Pintar Daripada Model realme Siri C Kini Telah Berjaya Dijual Untuk Pasaran Global Comments Off on 10.2 Juta Unit Telefon Pintar Daripada Model realme Siri C Kini Telah Berjaya Dijual Untuk Pasaran Global

Kemunculan realme di pasaran terbukti telah berjaya mempunyai pengikutnya sendiri, dan kejayaan ini dibantu oleh kombinasi antara harga jualan produknya yang sangat kompetitif di pasaran.

Ini jelas dapat dilihat melalui penerimaan jenama realme terutamanya dalam segmen telefon pintar kelas permulaan atau bajet. Menurut realme, siri C keluarannya kini telah berjaya mencatatkan rekod jualan mencecah sehingga 10.2 juta unit untuk pasaran global.

Pengumuman ini secara tidak langsung sudah tentunya dibuat berikutan tarikh pelancaran untuk model terbaharu realme siri C yang dipercayai akan dikenali sebagai realme C3 akan dibuat dalam masa terdekat ini di India.

Bahkan realme C3 juga sebelum ini telah disahkan akan dilancarkan untuk pasaran di Thailand, dan akan dikenali sebagai model realme C3s yang tampil dengan nombor model RMX2020.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend