ZTE Blade A5 2020 Diperkenalkan Di Malaysia – RM359 Comments Off on ZTE Blade A5 2020 Diperkenalkan Di Malaysia – RM359

ZTE Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran telefon pintar terbaru, ZTE Blade A5 2020 untuk pasaran tempatan. Peranti ini akan dijual mulai 16 Mac 2020 secara atas talian eksklusif di Shopee.

Bagaimanapun, orang ramai boleh membuat pra-tempah bermula 12 Mac 2020 pada harga RM359. Pra-tempah didatangkan dengan hadiah percuma berupa fon kepala Genai, sarung telefon TPU, tempered glass, dan kit beg perjalanan kesemuanya bernilai RM158.

Blade A5 2020 menawarkan spesifikasi telefon pintar asas, dilengkapi paparan skrin 6.09-inci 720 x 1560 HD+ dengan rekaan takuk titisan air, 2GB RAM, dan 32GB storan yang boleh diperluaskan dengan kad microSD.

Daripada segi kamera, peranti menyertakan dwi-kamera belakang 13MP + 2MP Dual AI disamping kamera depan 8MP. Bateri yang dimuatkan pula 3200mAh dengan teknologi keselamatan untuk mengesan sebarang arus elektrik berlebihan.

Hadiah percuma

Melengkapkan Blade A5 2020, terdapat sokongan dwi-SIM dan panggilan VoLTE, fungsi imbasan wajah untuk nyahkunci peranti, dan bicu audio 3.5mm yang kesemuanya dijalankan di atas sistem operasi Android 9.0 Pie.

Bersempena dengan kempen Shopee 4.4 Brands Festival, pelanggan yang membeli mana-mana produk daripada ZTE Malaysia dari 20 Mac hingga 4 April, boleh mendapatkan rebat sehingga RM50.

Beli di Shopee: https://shopee.com.my/ZTE-Blade-A5-2020-(2GB-32GB)

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend