ZTE Axon 11 Kini Rasmi Dengan Snapdragon 765G, 6.47″ AMOLED, 5G Dan Quick Charge 4.0 Comments Off on ZTE Axon 11 Kini Rasmi Dengan Snapdragon 765G, 6.47″ AMOLED, 5G Dan Quick Charge 4.0

ZTE hari ini telahpun melancarkan model terbaharunya iaitu ZTE Axon 11 untuk pasaran China. Jika dilihat pada sokongan spesifikasi peranti ini ia disasarkan untuk segmen kelas pertengahan.

Dikuasakan dengan cipset Snapdragon 765G, ZTE Axon 11 telah dioperasikan oleh MiFavor 10 berasaskan Android 10. Ia juga hadir dengan paparan skrin AMOLED FHD+ berukuran 6.47 inci yang dilengkapi teknologi pengimbas cap jari dalam skrin.

ZTE Axon 11 juga dilengkapi dengan kuad kamera beresolusi 64MP + 8MP (Ultra Wide) + 2MP (Macro) + 2MP (Depth). Menariknya kedua-dua lensa 64MP dan 8MP menyokong teknologi penstabilan untuk rakaman video.

Manakala kamera depan beresolusi 20MP pada peranti ini pula ditempatkan pada rekaan takuk kecil pada bahagian atas skrin. Selain itu ia juga menyokong bateri berkapasiti 4000mAh dengan teknologi Quick Charge 4.0.

Tersedia dalam dua warna pilihan iaitu hitam dan putih, ZTE Axon 11 memiliki tiga varian berbeza iaitu 6GB + 128GB, 8GB + 128GB dan juga 8GB + 256GB.

Harga jualan di China:

  • 6GB + 128GB – CNY2,698 (~RM1,685)
  • 8GB + 128GB – CNY 2,998 (~RM1,871)
  • 8GB + 256GB – CNY3,398 (~RM2,121)

Spesifikasi:

  • MiFavor 10 (Android 10)
  • Qualcomm Snapdragon 765G
  • 6GB + 128GB, 8GB + 128GB, 8GB + 256GB
  • 6.47 inci AMOLED FHD+ (1080 x 2340 piksel)
  • Kamera utama: 64MP + 8MP (Ultra Wide) + 2MP (Macro) + 2MP (Depth)
  • Kamera depan: 20MP
  • 4000mAh (Quick Charge 4.0)
  • 5G, WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.1, NFC, USB Type-C, DTS:X Ultra, Earphone HiFi
  • 159.2 x 73.4 x 7.9mm

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend