ZTE Axon 10 Pro Diperkenalkan Dengan Snapdragon 855, Rangkaian 5G Dan Skrin 6.4″ FHD+ AMOLED Comments Off on ZTE Axon 10 Pro Diperkenalkan Dengan Snapdragon 855, Rangkaian 5G Dan Skrin 6.4″ FHD+ AMOLED

Mungkin ramai di antara pembaca di luar sana yang memandang telefon pintar jenama ZTE ini sebelah mata, tetapi kemunculan model ZTE Axon 10 Pro dalam acara MWC 2019 ini mungkin mampu mengubah pandangan anda terhadap ZTE.

ZTE Axon 10 Pro yang hadir dengan sokongan panel skrin AMOLED yang fleksibel telah didakwa sebagai telefon pintar dengan saiz bezel paling nipis dengan ukuran hanya 1.8mm sahaja. Paparan skrin berukuran 6.4 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel) ini tersedia dengan teknologi pengimbas cap jari di dalam skrin dan juga keupayaan paparan HDR10.

Panel depannya juga tersedia dengan rekaan takuk kecil bagi menempatkan kamera swafoto beresolusi 20MP, manakala untuk penggambaran utamanya pula dilengkapi dengan sistem tiga kamera beresolusi 48MP (f/1.8, OIS) + 20MP (Ultra Wide) + 8MP (Telephoto, OIS).

Dijana dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855, ZTE Axon 10 Pro merupakan telefon pintar pertama keluaran ZTE yang menyokong rangkaian 5G. Peranti ini juga turut menerima konfigurasi memori 6GB + 128GB, speaker stereo, bateri berkapasiti 4000 mAh dengan Quick Charge 4+, fungsi pengecasan tanpa wayar, dan juga ciri kalis air IP68.

ZTE Axon 10 Pro akan dijual bermula pertengahan pertama tahun 2019 untuk pasaran Eropah serta China, dan buat masa ini harga jualannya masih lagi belum diumumkan.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend