YouTube Tidak Lama Lagi Akan Menyediakan Berita Terkini Kepada Pengguna Comments Off on YouTube Tidak Lama Lagi Akan Menyediakan Berita Terkini Kepada Pengguna

YouTube hari ini mengumumkan mereka sedang berusaha menghasilkan kandungan berita terkini kepada para pengguna tidak lama lagi. Untuk merealisasikan usaha ini, Google akan mengeluarkan dana sebanyak USD25 juta (lebih kurang RM100.54 juta) khusus untuk ciri tersebut. Wang itu pula akan disalurkan kepada beberapa organisasi dalam penghasilan video berasaskan berita. Dalam masa sama, YouTube juga akan menambah bilangan pekerja untuk membantu pasukan penerbitan luaran.

Jadi, dalam beberapa minggu mendatang para pengguna di Amerika Syarikat boleh melihat video pra-tonton melalui carian di YouTube bersama pautan ke artikel berita penuh. Disamping itu, pengguna juga akan menerima peringatan yang berbunyi “butiran mungkin akan berubah” di bahagian carian.

Ciri ini juga ditawarkan untuk penggunaan di televisyen

Tambahan lagi, YouTube juga akan mempromosikan video daripada sumber berita dalam carian dibawah kategori ‘berita hangat’. Sementara ‘berita terkini’ yang baru berlaku di sekitar akan dipaparkan di bahagian menu utama.

Ciri ini akan diperkenalkan di 17 negara terlebih dahulu antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Itali, Mexico, Brazil, India, Jepun, Afrika Selatan, dan Nigeria. Beberapa negara lain akan menyusul kelak dan dijangka jumlahnya meningkat dua kali ganda.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend