YouTube Sedang Menguji Penerimaan Notifikasi Yang Dilengkapi Thumbnail Video Untuk Peranti Android Comments Off on YouTube Sedang Menguji Penerimaan Notifikasi Yang Dilengkapi Thumbnail Video Untuk Peranti Android

Akhir-akhir ini pembangun aplikasi YouTube dilihat begitu aktif memperkenalkan pelbagai fungsi serta ciri baharu untuk memastikan pengalaman penggunaan yang terbaik buat penggunanya. Jika sebelum ini YouTube dilihat memperkenalkan ciri Dark Mode untuk peranti iOS dan juga ciri pemain video dinamik yang mampu memaparkan video bergantung kepada jenis paparan.

Notifikasi YouTube lama (kiri) dan notifikasi YouTube baharu yang dilengkapi thumbnail video (kanan).

Kini sekali lagi YouTube dilihat sedang menguji satu ciri baharu yang mana paparan notifikasi akan turut dilengkapi dengan thumbnail video bersebelahannya. Ciri baharu ini hanya boleh dinikmati pada aplikasi YouTube untuk peranti Android dalam versi 13.10.57 sahaja buat masa ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend