YouTube Music Kini Didatangkan Secara Pra-Pasang Pada Peranti Dengan Android 9.0 Pie Ke Atas Comments Off on YouTube Music Kini Didatangkan Secara Pra-Pasang Pada Peranti Dengan Android 9.0 Pie Ke Atas

Bagi memastikan aplikasi YouTube Music akan digunakan oleh lebih ramai pengguna, Google kini telah mengambil langkah lebih progresif dengan mengambil keputusan untuk memasang aplikasi itu pada semua peranti yang dilancarkan dengan Android 9.0 pie dan ke atas.

Tindakan ini diambil selepas aplikasi YouTube Music yang diperkenalkan untuk menggantikan aplikasi Google Play Music dilihat kurang mendapat sambutan berbanding aplikasi muzik popular seperti Spotify mahupun Apple Music. Untuk memastikan aplikasi ini digunakan dengan lebih meluas, ia kini telah menjadi sebahagian daripada pakej GApps (Google Apps).

Namun begitu, penyediaan aplikasi YouTube Music ini dilihat masih tidak mampu menggantikan aplikasi pemain muzik konvensional kerana ia masih tidak menyokong keupayaan untuk memainkan muzik peribadi yang tersimpan dalam memori dalaman peranti.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend