YouTube Music Dan YouTube Premium Kini Diperkenalkan Di India Comments Off on YouTube Music Dan YouTube Premium Kini Diperkenalkan Di India 337

Google akhirnya melancarkan YouTube Music dan YouTube Premium untuk para pengguna di India. Langganan bulanan untuk YouTube Music adalah INR99 (~RM5.80) dan YouTube Premium pada harga INR149 (~RM8.75) sebulan.

YouTube Music merupakan perkhidmatan penstriman yang membolehkan pengguna mendengar lagu atau menonton video seperti biasa. Sementara YouTube Premium pula ialah perkhidmatan langganan yang membolehkan pengguna memainkan muzik secara latar dan memuat turun lagu secara luar talian. Langganan ini juga akan menyekat segala iklan.

Faedah yang ditawarkan YouTube Premium turut merangkumi pada YouTube Music dan semua kandungan di dalam YouTube. Jadi untuk langganan ini langsung tiada iklan akan dipamerkan kepada pengguna. Selain daripada itu, pengguna turut akan diberikan akses kepada YouTube Originals seperti Cobra Kai dan muat turut luar talian sehingga 100 video.

Bagaimanapun, YouTube Music boleh diakses dengan percuma tetapi tanpa sekatan iklan. Bagi pengguna yang sudah melanggan Google Play Music, mereka juga akan diberikan akses kepada YouTube Premium. Pada masa sama, Google turut memberikan akses percuma kepada para pengguna siri Samsung Galaxy S10 di sana.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend