YouTube Dengan Mod ‘Gelap’ Akhirnya Mula Diterima Oleh Peranti Android Secara Berperingkat Comments Off on YouTube Dengan Mod ‘Gelap’ Akhirnya Mula Diterima Oleh Peranti Android Secara Berperingkat

Pada awal tahun yang lalu, 9to5Google telah berjaya mendedahkan perancangan YouTube untuk memperkenalkan mod gelap pada peranti mudah alih. Malah fungsi ini telah mula diterima oleh pemilik peranti iOS bermula Mac 2018 yang lalu, manakala pemilik peranti Android masih belum menerima kemas kini dengan mod gelap ini.

Nampaknya penantian itu telah berakhir apabila 9to5Google telah melaporkan penerimaan kemas kini baharu untuk aplikasi YouTube pada peranti Android yang kini menyokong antaramuka dengan fungsi mod gelap. Walau bagaimanapun, penerimaan mod gelap untuk telefon pintar Android dibuat secara berperingkat-peringkat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend