Yoodo Umum Juara PUBG Mobile Campus Championship – DarkHorse Bawa Pulang RM18k Comments Off on Yoodo Umum Juara PUBG Mobile Campus Championship – DarkHorse Bawa Pulang RM18k

Hujung minggu lalu pembekal telekomunikasi mudah alih, Yoodo dan PUBG Mobile telah menganjurkan pertandingan PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) 2019 di iOi Mall, Puchong. Kejuaraan ini diadakan bagi mencari bakat baru dalam kalangan penuntut universiti tempatan.

Seramai 60 pelajar dari 15 kampus terbaik telah menyertai PMCC 2019 ini bagi merebut hadiah wang tunai bernilai RM18 ribu serta trofi emas selain membawa nama baik kampus kedalam hab e-sukan.

DarkHorse dari Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) telah dinobatkan sebagai juara PMCC 2019 pada kali ini. Setiap ahli pasukan DarkHorse turut menerima hadiah sampingan seperti pelan mudah alih Yodoo selama setahun dan kredit Boost untuk setahun. Selain itu, mereka juga dijemput untuk menghadiri perlawanan akhir PMNC 2020 pada tahun hadapan.

Bersempena dengan itu, Yoodo kini menawarkan data add-on sebanyak 20GB khusus untuk PUBG Mobile. Bagi peminat Arena of Valor pula, mereka boleh add-on data sebanyak 20GB hanya pada harga RM5 sebulan. Maklumat lanjut, boleh layari Yoodo Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend