Yoodo Kini Menawarkan Perkhidmatan eSIM Untuk iPhone XS, iPhone XS Max Dan iPhone XR Comments Off on Yoodo Kini Menawarkan Perkhidmatan eSIM Untuk iPhone XS, iPhone XS Max Dan iPhone XR

Yoodo baru-baru ini telah melancarkan keupayaan eSIM pertamanya yang membolehkan pemilik iPhone terpilih untuk menggunakan nombor telefon kedua tanpa memerlukan kad SIM fizikal. Perkhidmatan eSIM yang ditawarkan oleh Yoodo ini walau bagaimanapun hanya tersedia untuk model iPhone XS, XS Max dan juga XR sahaja.

Untuk mengaktifkan perkhidmatan eSIM pada peranti iPhone terpilih, anda hanya perlu memuat turun aplikasi Yoodo di Apple App Store, pilih menu pengaktifan SIM dan pilih menu eSIM. Anda juga boleh menentukan sendiri data Internet, panggilan suara dan juga SMS yang diingini.

Melalui sokongan eSIM, anda boleh memperolehi beberapa kelebihan seperti sokongan dua nombor telefon pada iPhone, tidak lagi perlu mendapatkan kad SIM fizikal, dan dalam masa yang sama menikmati sambungan Internet yang lebih laju dan stabil. Menurut Yoodo, mereka akan memperluaskan perkhidmatan eSIM ini pada lebih banyak peranti yang menyokongnya pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend