Yahoo Messenger Akan Ditutup Berkuat Kuasa 17 Julai 2018 Nanti Comments Off on Yahoo Messenger Akan Ditutup Berkuat Kuasa 17 Julai 2018 Nanti

Nampaknya satu lagi perkhidmatan permesejan yang sekian lama bertahan iaitu Yahoo Messenger bakal ditamatkan perkhidmatannya tidak lama lagi. Melalui laman rasmi Yahoo, sokongan untuk perkhidmatan Yahoo Messenger akan dihentikan berkuat kuasa 17 Julai 2018 nanti dan pengguna perkhidmatan ini tidak lagi boleh mengakses ruang sembang selepas dari tarikh yang dinyatakan.

Yahoo Messenger merupakan perkhidmatan permesejan paling popular sekitar tahun 90an dahulu…

Walau bagaimanapun, pemilik akaun Yahoo Messenger masih boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan seperti biasa buat masa ini. Menurut Yahoo, mereka masih belum bercadang untuk membuat sebarang penggantian untuk perkhidmatan Yahoo Messenger buat masa ini. Namun Yahoo sebenarnya kini sudah bersedia untuk memperkenalkan perkhidmatan permesejan berkumpulan yang baru iaitu Squirrel.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend