Xiaomi Umum Sebanyak 15 Juta Unit Redmi Note 7 Berjaya Dijual Di Seluruh Dunia Dalam Tempoh 6 Bulan Comments Off on Xiaomi Umum Sebanyak 15 Juta Unit Redmi Note 7 Berjaya Dijual Di Seluruh Dunia Dalam Tempoh 6 Bulan 178

Terbukti bahawa kombinasi antara harga yang kompetitif dengan sokongan spesifikasi yang baik, mampu menjaminkan rekod jualan yang sangat memberangsangkan. Jika sebelum ini HONOR telah mengumumkan rekod jualan HONOR 8X yang berjaya mencecah sehingga 15 juta unit, nampaknya Xiaomi juga berjaya mencapai rekod jualan yang sama untuk model Redmi Note 7 keluarannya.

Melalui perkongsian di Twitter rasmi Xiaomi, sebanyak 15 juta unit Redmi Note 7 telah berjaya dijual untuk pasaran global dalam tempoh 6 selepas ia dilancarkan secara rasmi. Menariknya dalam tempoh lebih kurang sebulan setengah, sebanyak 5 juta unit Redmi Note 7 telah berjaya terjual berbanding rekod jualan 10 juta unit yang diumumkan pada hujung Mei 2019 yang lalu.

Nikmati diskaun untuk Redmi Note 7 sempena promosi ‘Mid-Year Festival’ eksklusif hanya di Lazada

SPESIFIKASI:

  • MIUI Global 10.2 (Android 9.0 Pie)
  • Slot kad hibrid (nano SIM + nano SIM / microSD)
  • Qualcomm Snapdragon 660 AIE (14nm)
  • 3GB/4GB RAM + 32GB/64GB/128GB ROM
  • microSD sehingga 256GB
  • 6.3 inci IPS LCD FHD+ Dot Drop Display
  • 2340 x 1080 piksel (19.5:9, 450 nits)
  • Corning Gorilla Glass 5 (panel depan dan belakang)
  • Kamera depan: 13MP (f/2.0, AI Beauty/Portrait, HDR)
  • Kamera utama: 48MP (f/1.8, 1.6μm, PDAF, AI, HDR, EIS video) + 5MP
  • 4000 mAh (sokong Quick Charge 4)
  • WiFi 802.11ac (5GHz), Bluetooth 5.0, 4G+, USB Type-C, bicu audio 3.5mm, inframerah
  • Gyroscope, Accelerometer, Distant sensor, e-Compass, Ambient light sensor
  • Pengimbas cap jari dan pengecaman wajah
  • 159.21 x 75.21 x 8.1mm / 186g
  • Pilihan warna: Space Black, Neptune Blue, Nebula Red

Baca juga:

[Ulasan] Redmi Note 7 – Peranti Mampu Milik Dengan Spesifikasi Terbaik Dalam Kelasnya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend