Xiaomi Umum Redmi Go Untuk Pasaran Malaysia, Dijual Bermula 13 April 2019 Pada Harga RM299 Comments Off on Xiaomi Umum Redmi Go Untuk Pasaran Malaysia, Dijual Bermula 13 April 2019 Pada Harga RM299

Sekiranya anda sedang mencari sebuah telefon pintar kelas permulaan pada harga yang sangat mesra poket, Xiaomi Malaysia bakal membawa masuk model Xiaomi Redmi Go untuk pasaran tempatan bermula 13 April 2019 nanti.

Redmi Go akan hanya ditawarkan dalam satu varian sahaja dan hanya warna hitam akan dijual di Malaysia.

Berbeza dengan peranti Xiaomi yang lain, model mampu milik ini tidak lagi dioperasikan dengan antaramuka MIUI sebaliknya telah menggunakan platform Android Go (Android 8.1 Oreo) dengan sentuhan antaramuka Android asli. Redmi Go juga telah dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 425, dan juga konfigurasi memori 1GB RAM serta ruang storan 8GB.

Ia masih mengekalkan sokongan bicu audio 3.5mm dan juga port microUSB.

Redmi Go tampil dengan paparan skrin berukuran 5.0 inci HD, kamera depan beresolusi 5MP, kamera utama 8MP dengan sokongan LED Flash, menawarkan dua slot kad SIM, dan slot kad microSD sehingga 128GB. Bagi memastikan kelancaran pengoperasian, Redmi Go menyokong aplikasi daripada Google yang telah dioptimumkan saiz dan juga penggunaan datanya.

Redmi Go menyokong tiga slot kad berasingan.

Ditawarkan dalam warna hitam, Redmi Go akan mula dijual pada hujung minggu ini (13 April 2019) pada harga RM299. Untuk memilikinya, terdapat beberapa saluran jualan ditawarkan secara luar ataupun dalam talian seperti berikut:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend