Xiaomi Umum Pelarasan Keuntungan Bersih Cecah RM2.07 Bilion Untuk Suku Ketiga Tahun 2019 Comments Off on Xiaomi Umum Pelarasan Keuntungan Bersih Cecah RM2.07 Bilion Untuk Suku Ketiga Tahun 2019

Xiaomi bukanlah satu jenama yang perlu diperkenalkan lagi kerana ia merupakan pengeluar yang sememangnya terkenal dengan penawaran telefon pintar berkuasa pada harga yang lebih mesra poket. Melalui laporan kewangan yang baru dikongsikan, Xiaomi dilaporkan telah berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam industri telefon pintar.

Menurut Xiaomi Corporation, jumlah pendapatan Xiaomi telah meningkat sebanyak 5.5% berbanding tahun lepas dengan memperolehi sebanyak CNY53.7 bilion (~RM31.89 bilion) setakat suku ketiga tahun 2019. Bahkan suku ketiga ini juga turut menyaksikan jumlah pendapatan tertinggi pernah diperolehi sejak Xiaomi ditubuhkan sejak 2010.

Kehadiran model siri Mi Note 10 dengan kamera 108MP sudah tentunya mampu membantu Xiaomi untuk terus mengukuhkan kedudukannya di pasaran global.

Keuntungan bersih yang diselaraskan telah mencapai CNY3.5 bilion (~RM2.07 bilion), iaitu peningkatan sebanyak 20.3% berbanding tahun-ke-tahun (YoY) sebelum ini. Berdasarkan jumlah keuntungan bersih syarikat yang telah diselaraskan dalam tiga suku pertama tahun ini, ia telah mencatatkan sebanyak CNY9.2 bilion (~RM5.46 bilion), melebihi keuntungan bersih tahun lepas.

sumber

Baca juga:

Xiaomi Mi Note 10 Dan Mi Note 10 Pro Dengan Penta Kamera 108MP Akan Dilancarkan 3 Disember Di Malaysia

Xiaomi Mi Note 10 Dan Mi Note 10 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Penta Kamera 108MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend