Xiaomi Turut Menawarkan Peranti Kelengkapan Rumah Pintar Pada Harga Bermula Daripada RM99 Comments Off on Xiaomi Turut Menawarkan Peranti Kelengkapan Rumah Pintar Pada Harga Bermula Daripada RM99

Sehubungan dengan pelancaran dua peranti mampu miliknya untuk pasaran tempatan dengan model Redmi Note 7 dan Redmi 7, Xiaomi Malaysia turut mengambil kesempatan dengan menawarkan peranti kelengkapan rumah pintar khusus untuk pengguna Malaysia. Terdapat tiga peranti ditawarkan iaitu Mi Home Security Camera 360, Mi Smart Sensor Set dan juga Mi LED Smart Bulb.

Mi Home Security Camera 360 – RM159


Pemasangan Mi Home Security Camera 360 menjanjikan keselamatan di dalam rumah lebih terjamin kerana sokongan kamera 360 darjah ini mampu mengambil gambar beresolusi 1080p. Tambahan pula ia turut tersedia dengan fungsi Infrared Night Vision, pengesan pergerakan berasaskan AI, dan juga ciri audio dua hala yang membolehkan anda berkomunikasi dengan ahli keluarga menggunakan kamera ini.

Mi Smart Sensor Set – RM329


Didatangkan dalam pakej lengkap, Mi Smart Sensor Set didatangkan dengan beberapa peranti berasingan yang masing-masing memiliki fungsi tersendiri dalam memastikan keselamatan rumah yang lebih efisien. Peranti yang akan diterima termasuklah Mi Control Hub, Mi Window and Door Sensor, Mi Motion Sensor, dan juga Mi Wireless Switch.

Mi LED Smart Bulb – RM99


Lampu pintar dengan kuasa 9.1W ini menawarkan suhu warna antara 1700K hingga 6500K dan ia boleh dilaras secara sepenuhnya menggunakan aplikasi pada telefon pintar. Walaupun menggunakan kuasa yang rendah untuk penjimatan tenaga ini mampu menghasilkan cahaya yang terang mencecah 600 lumens. Mi LED Smart Bulb dikatakan mampu digunakan sehingga 25,000 jam.

Baca juga:

Redmi Note 7 Dijual Pada Harga Bermula Daripada RM679, Sokong Snapdragon 660 dan Kamera 48MP Samsung GM1

Redmi 7 Dengan Snapdragon 632, Bateri 4000 mAh Turut Dilancarkan Pada Harga Bermula RM499

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend