Xiaomi Tunjuk Bagaimana Skrin 144Hz Berfungsi Pada Redmi K30 5G Comments Off on Xiaomi Tunjuk Bagaimana Skrin 144Hz Berfungsi Pada Redmi K30 5G

Pada Disember tahun lalu Xiaomi telah melancarkan siri K30 yang mana varian 4G dan 5G menawarkan sokongan paparan skrin 120Hz. Terbaru, timbul pula video menunjukkan Redmi K30 5G membawa sokongan kadar segar semula setinggi 144Hz.

Menurut Lu Weibing selaku Naib Presiden Xiaomi, ujian ini telah dilakukan di makmal namun tidak pasti bilakah syarikat akan melepaskan kemas kini yang membawa sokongan 144Hz pada peranti.

Hal ini jelas menunjukkan perkakasan yang digunakan pada peranti berupaya untuk memainkan paparan lebih lancar berbanding sedia ada. Bagaimanapun dengan sokongan kadar segar semula setinggi ini, sudah tentu penggunaan bateri juga adalah lebih tinggi.

Buat masa ini, tiada lagi telefon pintar di pasaran menawarkan skrin 144Hz tapi anda boleh lihat teknologi sebegini pada kebanyakan monitor komputer di pasaran.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend