Xiaomi Terpilih Sebagai Jenama Paling Laris Dan Redmi 6A Menjadi Model Telefon Pintar Paling Banyak Terjual – Lazada 11.11 Comments Off on Xiaomi Terpilih Sebagai Jenama Paling Laris Dan Redmi 6A Menjadi Model Telefon Pintar Paling Banyak Terjual – Lazada 11.11 607

Rakyat Malaysia sememangnya ‘pantang’ kalau terdengar berita jualan murah kerana pastinya ia akan mendapat sambutan yang positif. Perkara yang sama tidak terkecuali dalam kempen jualan 11.11 yang dianjurkan oleh Lazada baru-baru ini.

Melalui perkongsian Xiaomi Malaysia melalui akaun Twitter rasminya, mereka telah berjaya dinobatkan sebagai jenama paling laris untuk kategori telefon pintar dan juga tablet. Apa yang menariknya, Xiaomi Redmi 6A turut terpilih sebagai model telefon pintar paling banyak terjual sepanjang kempen 11.11 di Lazada.

Kejayaan yang diraih ini sudah tentunya didorong oleh sokongan spesifikasi yang baik dan juga harga jualan yang sememangnya berbaloi untuk dimiliki.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend