Xiaomi Sahkan Ketersediaan Kemas Kini Android 10 Untuk Mi A3 Bermula Pertengahan Februari 2020 Comments Off on Xiaomi Sahkan Ketersediaan Kemas Kini Android 10 Untuk Mi A3 Bermula Pertengahan Februari 2020

Pemilik Xiaomi Mi A2 sebelum ini telahpun dilaporkan mula menerima kemas kini rasmi Android 10, dan ia merupakan kemas kini utama kedua yang telah diterima oleh peranti yang dioperasikan dengan platform Android One ini.

Berikutan daripada penerimaan kemas kini tersebut, terdapat pemilik Xiaomi Mi A3 dilihat telah mula mempersoalkan bila perantinya akan mula menerima kemas kini rasmi untuk versi Android 10 di Twitter milik Xiaomi India.

Menariknya tweet itu berjaya mendapat perhatian apabila Xiaomi India telah mengesahkan bahawa Mi A3 bakal menerima kemas kini Android 10 bermula pertengahan Februari 2020.

Tonton video buka kotak Xiaomi Mi A3:

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend