Xiaomi Redmi S2 Dengan Kamera Swafoto 16 Megapiksel Akan Dijual Pada Harga Bermula Dari RM679 Comments Off on Xiaomi Redmi S2 Dengan Kamera Swafoto 16 Megapiksel Akan Dijual Pada Harga Bermula Dari RM679

Selain mengumumkan ketersediaan model flagship Mi MIX 2S di Malaysia, Xiaomi juga telah memperkenalkan satu lagi model terbaru keluarannya dari siri ‘S’ yang merujuk kepada keupayaan ‘Selfie’ dengan ketersediaan Xiaomi Redmi S2 di negara ini bermula 1 Jun 2018 nanti.

Dikategorikan sebagai telefon pintar kelas pertengahan, ia telah dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 625, dioperasikan dengan MIUI 9.5 yang berasaskan Android 8.1 Oreo, paparan skrin berukuran 5.99 inci HD+ (1440 x 720 piksel) dan juga bateri berkapasiti 3080 mAh dengan keupayaan pengecasan 5V2A.

Xiaomi Redmi S2 yang memfokuskan aspek penggambaran yang terbaik ini telah dilengkapi dengan kamera hadapan beresolusi 16 Megapiksel bagi memastikan gambar swafoto beresolusi tinggi. Manakala penggambaran kamera utamanya pula menyokong kamera 12 Megapiksel + 5 Megapiksel dengan bantuan AI (Kecerdasan Buatan), dan lensa kedua 5 Megapiksel akan digunakan untuk mod potret.

Dua varian ditawarkan iaitu 32GB + RAM 3GB pada harga RM679, dan varian 64GB + RAM 4GB pula dijual pada harga RM849 (akan datang). Terdapat tiga warna boleh dipilih iaitu Grey, Gold dan juga Rose Gold (akan datang).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend