Xiaomi Redmi Note 6 Pro Dengan Rekaan Skrin Bertakuk Dipercayai Sokong Pemproses Qualcomm Snapdragon 636 Comments Off on Xiaomi Redmi Note 6 Pro Dengan Rekaan Skrin Bertakuk Dipercayai Sokong Pemproses Qualcomm Snapdragon 636

Ketirisan imej dan spesifikasi awal Xiaomi Redmi Note 6 Pro bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini ada individu dilihat telah menyebarkan imej dan juga video peranti tersebut di Internet. Namun begitu khabar angin yang mengatakan Redmi Note 6 Pro akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660 mungkin dapat disangkal kebenarannya.

Perkara ini telah disahkan selepas ujian penanda aras Geekbench yang dijalankan oleh Redmi Note 6 Pro jelas mendedahkan bahawa ia akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 636. Melalui ujian tersebut, Redmi Note 6 Pro telah mencatatkan skor sebanyak 1332 poin untuk single-core dan juga 4675 poin untuk multi-core.

Selain pendedahan pemproses yang digunakan, data daripada Geekbench ini juga turut mendedahkan sokongan Android 8.1 Oreo, dan juga RAM 4GB. Dengan rekaan kerangka mirip seperti Redmi Note 5, model baharu Redmi Note 6 Pro ini menampilkan pembaharuan pada sokongan takuk pada skrin.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend