Xiaomi Redmi Note 6 Pro Dengan Dua Kamera Swafoto Akan Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi Comments Off on Xiaomi Redmi Note 6 Pro Dengan Dua Kamera Swafoto Akan Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Hari ini Xiaomi Malaysia telah mengumumkan satu berita menarik buat peminat jenama ini, apabila telah memuat naik satu tweet berhubung kemunculan model terbaharu keluarannya untuk pasaran tempatan. Walaupun hanya memaparkan imej yang telah dikaburkan dengan slogan ‘Four cameras, all-new AI portraits’, ia jelas merujuk kepada model Redmi Note 6 Pro.

Melalui rekaan fizikal yang mirip seperti Redmi Note 5, model terbaharu Redmi Note 6 Pro ini telah menerima sedikit pembaharuan terutamanya pada rekaan takuk pada skrin berukuran 6.26 inci FHD+. Selain itu ia juga dilihat masih mengekalkan sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 636, bateri 4000 mAh, dan juga port microUSB.

Xiaomi Redmi Note 6 Pro menyokong empat kamera iaitu dua kamera utama dan dua kamera hadapan.

Xiaomi Redmi Note 6 Pro walau bagaimanapun telah menjanjikan pengalaman bergambar yang lebih baik apabila ia dilengkapi dengan dua kamera swafoto beresolusi 20MP (f/2.0) + 2MP (Depth Sensor). Sokongan lensa kedua ini secara tidak langsung mampu menghasilkan efek bokeh yang lebih baik.

Bagi mengetahui lebih lanjut berhubung Xiaomi Redmi Note 6 Pro, nantikan pengumuman selanjutnya esok (16 Oktober) yang akan dikongsikan oleh Xiaomi Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend