Xiaomi Redmi Note 6 Pro Akan Mula Dijual Secara Rasmi Pada 20 Oktober – Harga Bermula Daripada RM849 Comments Off on Xiaomi Redmi Note 6 Pro Akan Mula Dijual Secara Rasmi Pada 20 Oktober – Harga Bermula Daripada RM849

Hari ini Xiaomi Malaysia akhirnya telah mengumumkan ketersediaan jualan model Redmi Note 6 Pro untuk pasaran tempatan yang akan bermula pada 20 Oktober (Sabtu) nanti. Bagi yang berminat untuk memiliki peranti terbaharu daripada Xiaomi ini, Redmi Note 6 Pro boleh dibeli di semua Mi Store dan Mi Zone di seluruh Malaysia. Ia juga boleh dibeli secara atas talian di Official Mi Store di Lazada ataupun Shopee.

Diperkenalkan dalam dua varian berbeza, Redmi Note 6 Pro 3GB + 32GB akan dijual pada harga RM849 dan varian 4GB + 64GB pula boleh dimiliki pada harga RM999. Lebih menariknya, 100 pembeli terawal Xiaomi Redmi Note 6 Pro di Mi Store terpilih iaitu 1Utama, Queensbay Mall dan KSL City akan turut diberikan hadiah percuma berupa Mi Band 2 dan juga tripod.

Hanya tiga warna Xiaomi Redmi Note 6 Pro akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu merah jambu, biru dan hitam.

Xiaomi Redmi Note 6 Pro dengan skrin berukuran 6.26 inci FHD+ ini telah dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 636 dan juga bateri berkapasiti 4000 mAh. Ia turut menjanjikan pengalaman bergambar AI yang terbaik dengan sokongan dwi kamera hadapan beresolusi 20MP + 2MP, serta dwi kamera utama beresolusi 12MP + 5MP.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend