Xiaomi Redmi Note 5 Pro Akan Mula Menerima Kemas Kini MIUI 9.5 Berasaskan Android Oreo Bermula 29 Jun 2018 Comments Off on Xiaomi Redmi Note 5 Pro Akan Mula Menerima Kemas Kini MIUI 9.5 Berasaskan Android Oreo Bermula 29 Jun 2018

Baru-baru ini Xiaomi India telah membuat pengumumkan ketersediaan kemas kini MIUI 9.5 berasaskan Android Oreo untuk model Redmi Note 5 Pro bermula 29 Jun 2018 ini. Melalui perkongsian di Twitter rasmi MIUI India, Global Stable ROM ini akan ditawarkan secara berperingkat-peringkat untuk pemilik peranti itu di India.

Sama seperti model Redmi Note 5 yang dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada April yang lalu, Redmi Note 5 Pro dioperasikan dengan MIUI 9 yang berasaskan daripada Android 7.1.2 Nougat. Selain itu ia juga turut menampilkan sokongan paparan skrin 5.99 inci FHD+, dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 636, ruang storan 64GB, kapasiti RAM sehingga 6GB, dwi kamera utama beresolusi 12 Megapiksel + 5 Megapiksel, kamera hadapan 20 Megapiksel, dan juga bateri berkapasiti 4000 mAh.

Dengan pengumuman yang telah dibuat ini, adalah tidak mustahil jika model Xiaomi Redmi Note 5 yang dijual untuk pasaran tempatan juga akan turut menerima kemas kini MIUI 9.5 ini tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend