Xiaomi Redmi Note 5 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga Bermula Dari RM799 Comments Off on Xiaomi Redmi Note 5 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga Bermula Dari RM799

Xiaomi sebelum ini sudahpun melancarkan model terbarunya iaitu Redmi Note 5 untuk pasaran di Indonesia pada 18 April yang lalu, dan model ini sebenarnya telah dilancarkan di India lebih awal iaitu pada bulan Februari dengan membawakan nama Redmi Note 5 Pro. Nampaknya kini tiba pula giliran pengguna di Malaysia untuk menikmati sendiri keupayaan penggambaran AI pada Xiaomi Redmi Note 5 ini melalui sokongan dwi kamera beresolusi 12 Megapiksel (f/1.9) + 5 Megapiksel (f/2.0) dengan sensor sebesar 1.4 μm.

Lebih menariknya, buat pertama kalinya Xiaomi telah memperkenalkan teknologi Dual Pixel auto focus pada Xiaomi Redmi Note 5 bagi memastikan fokus yang yebih pantas. Manakala untuk penggambaran swafoto pula, ia menawarkan kamera beresolusi 13 Megapiksel dengan bantuan LED flash dan juga ciri Beautify 4.0 yang berupaya memastikan gambar swafoto sempurna dengan bantuan AI.

Xiaomi Redmi Note 5 dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 636, pilihan storan 32GB + RAM 3GB atau 64GB + RAM 4GB, dioperasikan oleh MIUI 9.5 yang berasaskan kepada Android 8.1 Oreo, sokongan slot kad hibrid, paparan skrin 5.99 inci IPS LCD FHD+ (2160 x 1080 piksel) dan juga bateri berkapasiti 4000 mAh.

Xiaomi Redmi Note 5 ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu hitam, emas dan biru pada harga RM799 untuk model 32GB + RAM 3GB, dan RM999 untuk model 64GB + RAM 4GB.

Pra-tempah Xiaomi Redmi Note 5 akan bermula esok (25 April 2018) secara eksklusif di Lazada dan akan mula dijual di kedai rasmi Mi pada 5 April 2018 nanti.

Pra-pandang Xiaomi Redmi Note 5:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend